Selama ini banyak perkara yang tidak diketahui oleh pengguna di Malaysia mengenai kepentingan daging dalam diet permakanan mereka. Kita terlalu disuapkan dengan fakta-fakta yang berkaitan masalah kesihatan mengenai daging ini tetapi yang musykilnya ciri-ciri kebaikannya pula jarang disebutkan walaupun kebanyakkan punca masalah kesihatan yang berlaku kepada mereka yang memakan daging sebenarnya datang dari sikap pengguna itu sendiri yang tidak mengamalkan pengambilan diet yang tepat.
Antara Fakta yang tidak diketahui oleh pengguna yang mengambil daging di dalam diet mereka:
-lemak daging kambing adalah hampir sama dengan lemak ayam iaitu hampir 3%
-persepsi memakan daging berkait rapat dengan darah tinggi adalah lebih kepada faktor psikologi kerana ianya telah di “mindset” kan sebelum ini dan faktor ini yang menyebabkan tekanan darah naik kerana risau memakan daging tersebut. (petikan kata seorang Pakar Biologi Pembiakan)
-bagi 100 gram daging kambing boer yang dipangang mengandungi 143 kalori, 27 program protein, 3 gram lemak, 3.7 miligram zat besi, 85 miligram sodium, 75 miligram kolestrol.
-bagi setiap 3 auns daging kambing boer yang dimasak mengandungi 2.58gram lemak dan 0.79 asid lemak tepu berbanding biri-biri mengandungi 16gram lemak dan 7.3 asid lemak tepu. Malah peratus lemak daging kambing boer adalah lebih rendah daripada biri-biri dan lembu. Malah sebuah universiti di New York memberi kan daging ini kepada mereka yang mempunyai penyakit kardiovaskular kerana mempercayai khasiatnya.
(awas! pastikan apa yang anda makan di kedai-kedai yang menyediakan menu berkaitan dengan kambing pastikan ianya betul-betul adalah kambing dan bukan biri-biri kerana secara logiknya disini lah datangnya fakta mengenai daging kambing yang sebenar telah di manipulasikan, kerana atas faktor harga)
-susu kambing adalah yang kedua terbaik selepas susu ibu, nikotinik asid dalam susu kambing membantu pencernaan, memperbaiki fungsi kulit, meningkatkan pengaliran darah dan membantu dalam merawat mereka yang mengalami susah tidur dan kencing malam. Segelas susu kambing segar yang panas boleh disediakan sebelum mereka tidur.
ini hanyalah sebahagian yang saya dapat terangkan…kalau anda ingin mendapatkan maklumat apa saja tentang daging anda boleh melawati di blog rakan saya haji mustapha, seorang MasterButcher Chef yang terkenal dalam dunia chef. Artikel-artikel beliau amat membantu dalam memberi perspektif yang positif mengenai kepentingan daging dalam diet permakanan kita
Monday, January 11, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)
